Friday, 16 April 2010

MUSIM SOTONG MENYERANG!!!

Weh,korang pernah candat sotong?mesti x pernah ni..Sekarang lau x silap aku sekarang musim sotong melepakkan diri di pantai Terengganu iaitu sekitar bulan april,may dan jun kot..Bagi nelayan2 terengganu,ni la masanya untuk diaorang membuat duit dengan menangkap sotong2 yg menyerang pantai terengganu.Dan time ni la sape2 yg minat makanan laut terutama sotong leh mengenjoykan diri kat sana.Time ni sotong murah skit harganya.
Dan pada musim ini juga, banyak pertandingan mecandat sotong diadakan.Dan biasanya mendapat sambutan dari orang ramai xkira dari terengganu atau luar terengganu.Tp bg yang mahir jer la coz mecandat sotong x sama cam mengail ikan sepat or ikan2 lain kerana ia memerlukan skill..salah skill muka korang mungkin hitam,x pun jari or ape2 yg berkaitan mungkin termakan candat korang sendiri or korang langsung xdapat sotong.
Muka hitam biasanya banyak terjadi pada mereka yang buat2 pandai tp mmg xpandai mencandat..coz bila teruja sangat dapat sotong,diaorg ni dah xingat dunia dan masa ni la lau silap langkah,si sotong tu akan memancutkan cecair hitam ke muka diaorg..maka hitam la muka korang..
Jadi lau korang xpandai atau pertama kali nak g candat tu, mintak la tunjuk ajar dari yg pakar..dan bg yg mabuk laut tu,sila2 la cari ubat..kang orang lain tangkap sotong,ko plak tangkap lentok mabuk free tengah laut...
Dan yang penting skali keselamatan di laut perlulah korang ambil peduli..coz kita xtau malang tu xberbau..ape2 pun korang enjoy!!

No comments:

Post a Comment